Posting AKJ pasai ikan belida
mengingatkan saya tentang seorang kawan lama, Wong Tuck Keong, photographer NST Ipoh.
Wong ni kaki pancing juga, AKJ.
Sekali sekala kami kena pi assignment belah utara Perak, dia
akan melencong ke kedai ikan bakar favorite dia. Usunglah kami yang menempek
dalam kreta dia.
Saya pernah tanya kat mana dia selalu memancing; dan dia
akan jawab mana – mana ada ikan.
Pernah masa kami ke belah Teluk Intan guna jalan lama, dia
tunjuk satu anak sungai yang kecik lalu bawah jalan yang kami lalu; katanya di
situ senang dapat ikan.
Ceruk juga kawasan tu.
Saya tak lah minat sangat ikan sungai sebab setakat dua
takat ni, selalu bila makan ikan sungai (selain Talapia Merah Sungai Lui)
samada bau hanyir ataupun banyak tulang.
Ikan Patin pula saya tak lalu lepas nampak betapa banyak
darah dia masa dok perati orang pesiang. Tapi tu patin bela. Yang sungai
mungkin tak kut.
Pada si Wong, saya tanya ikan belida buleh makan ke tak?
Dia kata ikan belida sedap isi dia.
Memang banyak tulang, tapi kalau perisi lepas tu kepal buat
fish ball, fuh..
Kata dia, bukan kata saya.
Kami tak sempat nak pi satu restoran (Restoran Cina, tak dak
babi, kata Wong) yang buat fish ball ikan belida kat area Gerik, Perak sebab
saya ucap bye bye kat NST.
Raya yang lepas, masa saya mengunjung rumah abang ipar,
dalam aquarium dia ada dua ekor ikan belida. Pancing kat tali air kata anak
dia.
Jadinya, memang betul la si ikan belida pun makan pancing,
seperti kata AKadir Jasin,
Cuma saya yang lemah sastera ni tak berapa nak faham tulisan
beliau yang agak berkias.
Nasib baik dia rajin respond dalam ruang komen. Pahamla
sikit sebanyak hala tuju posting dia.
Belida yang AKJ maksudkan agaknya tak sedap buat fishball tapinya
sebab mesti banyak keladak dan isi depa dah hilang manis, kan?
PS:
Drawing tu Daigoro anak Itto Ogami dari Lone Wolf and Cub. Dalam "One Stone Bridge", isu 21 keluaran First Publishing dia mengail ikan sungai untuk ayahnya yang demam teruk. Best cerita dia.
No comments:
Post a Comment