Kalau aku ahli Umno dan baca posting Out Syed the Box “Apabila Pemimpin Sayang Yahudi”, mesti aku malu yang teramat sampai hantuk kepala kat dinding dan tak keluar rumah sampai bila – bila.
Lagilah kalau aku Pembesar Umno. Ala,
macam Aziz Karpawi.
Kalau ikut cakap Aziz Karpawi
punya telahan, Nampak gayanya Boss dia pun 2x5 je ngan DAP yang dia meluat
sangat tu.
Institusi Yahudi gak yang company bawah Boss dia tu tala pi untuk bagi untung sangat besar.
Ironi yang kelakar gila rasanya
bila Aziz Karpawi berdegar2 konon duit derma Berbillion Ringgit yang “allegedly”
masuk akaun Boss dia tu untuk lawan DAP yang berdana dari Yahudi.
Tuduh buta lak tu, tak macam
OutSyed buat siap ngan gambar dan fakta yang semua orang boleh Google.
Ka Aziz Karpawi tak rasa apa2 pun?
Untungnya besar gila tu. USD590m
tu ingat sikit ka. Tambah kalau convert ke Ringgit yang tengah merundum jatuh
sekarang.
Bergenerasi makan tak habih kalau
orang Malaysia yang banyak kais pagi makan semalam ni.
Aku tak mau cakap orang Melayu
sebab kaum lain pun ada ramai yang sekarang senak poket dalam fasa eko-no-money
tika dan kala ini.
Lagi satu, Pembesar2 Umno yang ada
kuasa ni, sikit2 nak lutu Bogeyman.
Bogeyman tu kalau ikut Google: "roh
jahat khayalan , yang disebut biasanya untuk menakut-nakutkan kanak2” (atau
orang tua – yang ni aku tambah la).
Orang tua tak tau malu nih. |
Bukan bogel-man no. Jangan salah.
DAP la, Yahudi la, Kristian la,
Iluminati la, Anwar la.
Ada saja Bogeyman Pembesar2 Umno
ni.
Pembesar BN yang lain pun ada gak
buat gini, tapi since depa bukan Melayu, depa tone down la sikit retorik nak tunjuk liberal.
Tengok la Paul “Too much openness is akin to porn” Low.
Bogeyman gak la tu dengan literal
emphasis on “Bogel, Man”.
Jadinya, bila tengok muka set2
Yahudi yang berkuasa di Goldman Sachs yang buat commission melalui syarikat
yang berkait lansung dengan kerajaan Malaysia, takkan tak rasa ludah hala kat Bogeyman
tu jatuh kat atas hidung kita balik?
Takkan takdak sikit pun rasa
kecik sangat2 ego?
Kering gila kalau ye. Hebat sungguh
pembesar Umno kalau ya.
I rest my case lah then.
Pakat2 terjun lah kita ngan Labu kita dalam keadaan sedar kata
kita ni dah telanjang bulat sebenarnya.
No comments:
Post a Comment