Kalau ikut kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Jamil
Khir, posting ni akan mengurangkan pahala puasa kalau ada sebut pasai 1MDB yang ada berunsur fitnah atau seangkatan dengannya.
Like, Forward, Komen dan lain2 yang berkaitan yang banyak2
tu pun sangkut gak, katanya di sini.
Agaknya kalau tanya kemusykilan tapi dengan nada penuh sinis
kurang tak yek? Kurang jugak rasanya.
DAP punya Tony Pua seronokla sebab dia tak posa. Boleh
belasah sungguh – sungguh bab ni.
Sarawak Report punya Clare Rewcastle Brown pun okay gak.
Kita – kita yang Melayu Muslim ni sangkut la. Rafizi, SakMongkol, Aspan Alias, Kadir Jasin, Apanama dan lain - lain. Depa - depa la. Ramai baca lak tu..
Oleh sebab itu, saya akan posting pendek sangat2 hari ni dan ianya bukan pasal 1MDB dan isu - isu berkaitan dengannya.
Sebaliknya, saya nak cerita pasal beli komik Marvel “Secret
Wars” (yang dulu, bukan yang sekarang; gambar sebelah kanan) dapat beli buku terbaru Tunku Halim “
A Malaysian Restaurant in London” (nun di sebelah kiri) murah 20%.
Nak tahu saya beli kat mana?
Kat Borders Mutiara Damansara. Ala, Borders. Yang manager Melayu Muslim dia tu
pernah kena hambat ngan Jawi pasal buku la jugak. Cerita lama lah tapinya sebab la ni dah lepas dah.
Okay lah. Dah cukup setakat ni. Tak nak posting banyak sangat. Letih posa.
Kepada Pak2 Menteri yang berposa, selamat berbuka nanti,
Insha-allah.
Kalau nak bunyi Arab, iftar. Kat Kedai Mamak operate 24 jam pun boleh.
Pahala dapat asalkan ber, ummm, iftar awal waktu no.
No comments:
Post a Comment